Tanah orang tua disita kerana hutang anak

“Nak, abah beri tanah ni untuk kamu. Kamu satu-satunya anak abah.”

Zack (bukan nama sebenar) seorang usahawan di Kampung Buah Mangga yang menjual peralatan elektrik. Dia tinggal di rumah orang tuanya bersama ayahnya, isteri, anak-anak.

Suatu hari, keluarganya ditimpa musibah. Rumahnya terbakar kerana litar pintas. Dia tidak sempat menyelamatkan apa-apa barang dari rumahnya.

Akibat kebakaran rumah, mereka sekeluarga terpaksa menumpang rumah saudaranya di kampung sebelah.

Perniagaan Zack makin lama semakin kurang mendapat sambutan. Dia hanya bergantung harap pada perniagaannya semata-mata.

2 tahun yang lalu, Zack pernah membuat pinjaman peribadi dari Bank Y sebanyak RM100,000. Pihak bank telah memberi amaran kepada Zack untuk menjelaskan hutangnya kerana telah lambat membuat bayaran.

“SILA JELASKAN BAYARAN SEBELUM PIHAK BANK SITA TANAH INI!”

Surat amaran telah dikeluarkan oleh pihak bank kerana lewat membuat bayaran.

Amaran demi amaran telah dikeluarkan, namun Zack masih gagal membuat bayaran balik atas hutangnya kerana bisnesnya semakin merundum, isterinya hanyalah seorang suri rumah.

Akhirnya, Zack terpaksa menggadaikan tanah pemberian ayahnya yang sudah dipindah milik pada 10 tahun yang lalu.

“Abah, maafkan Zack terpaksa gadai tanah ayah,” rayu Zack pada ayahnya.

“Kau memang anak derhaka Zack! Tergamak kau menggadaikan satu-satunya tanah ayah ni.”

Nak tahu apa langkah pemberian tanah yang selamat yang sepatutnya dilakukan oleh ayah Zack bagi mengelakkan semua ini berlaku?

Hubungi saya untuk penjelasan lebih lanjut dan buat hibah:

Abdul Muhaimin Yusoff
017-9111 824
Perunding Profesional Mawarith
Wasiyyah Shoppe Berhad

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *